Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembinaan SMK Selangau dahului jadual, capai kemajuan fizikal 64.72 peratus
  • TEMPATAN

Pembinaan SMK Selangau dahului jadual, capai kemajuan fizikal 64.72 peratus

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa melakukan lawatan kerja ke tapak pembinaan SMK Selangau dekat sini hari ini. Foto JKR Sarawak

SELANGAU: Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selangau mencatat perkembangan memberangsangkan apabila projek itu mencapai 64.72 peratus kemajuan fizikal dan kini berada di hadapan jadual pelaksanaan.

Perkembangan projek itu ditinjau Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dalam lawatan kerja ke tapak pembinaan hari ini bagi melihat sendiri kemajuan pelaksanaan projek berkenaan.

Dalam lawatan itu, beliau diberikan penerangan ringkas oleh Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu, Ir. Chieng Siong Ming, mengenai status semasa pembinaan serta perkembangan kerja di tapak.

Uggah turut meninjau beberapa komponen utama projek bagi memastikan pembinaan dilaksanakan mengikut jadual, mematuhi spesifikasi yang ditetapkan serta memenuhi standard kualiti dan keselamatan.

Apabila siap kelak, SMK Selangau akan dilengkapi blok akademik yang menempatkan 18 bilik darjah, ruang pentadbiran, makmal, bengkel, surau, kantin serta dataran perhimpunan.

Selain itu, sekolah berkenaan turut menyediakan asrama lelaki dan perempuan yang mampu menempatkan seramai 400 murid, 20 unit rumah guru serta pelbagai kemudahan sokongan lain.

Uggah berkata penyediaan kemudahan yang lengkap itu akan meningkatkan keselesaan warga sekolah selain memperkukuh akses pendidikan berkualiti kepada penduduk di kawasan Selangau.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JKR, pihak kontraktor dan semua pihak yang terbabit atas komitmen serta dedikasi dalam memastikan projek berjalan lancar mengikut perancangan.

“Saya berharap momentum pelaksanaan projek ini dapat dikekalkan supaya sekolah ini dapat disiapkan lebih awal dan memberi manfaat kepada pelajar, guru serta masyarakat di Selangau,” katanya.

Projek pembinaan SMK Selangau dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini, sekali gus menyediakan kemudahan pendidikan, asrama dan kediaman guru yang lebih moden, selesa serta kondusif demi manfaat warga sekolah dan komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SUPP: Had subsidi diesel 200 liter tidak sesuai dengan realiti Sarawak
Next: Hyundai perkukuh kehadiran di Sarawak menerusi pusat 3S pertama di Malaysia timur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.