Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembersihan pasca banjir dipergiat di Bintulu
  • Tengah
  • WILAYAH

Pembersihan pasca banjir dipergiat di Bintulu

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTULU: Kerja-kerja pembersihan pasca banjir sedang giat dijalankan di beberapa kawasan sekitar Bintulu bagi memastikan persekitaran kembali bersih dan selamat untuk penduduk.

Menurut Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dalam satu kenyataan, kawasan terlibat dalam operasi pembersihan itu termasuk Sungai Plan, RPR Sibiew A/Martabat, RPR Sebiew B, Desa Damai, RPR BDA Sibiyu, Taman Jason/YTD Garden, Taman Putrajaya, Beverly Hill, Kidurong Avenue, Medan Ginseng, Kampung Kemunting, Pine Court, dan Pearl Garden.

Sehubungan itu, penduduk dimohon memberikan kerjasama dengan mengalihkan kenderaan yang diparkir di tepi jalan bagi memudahkan pergerakan jentera pembersihan. 

Selain itu, mereka juga dinasihatkan untuk mengikuti arahan petugas di lapangan bagi memastikan kelancaran kerja-kerja pembersihan.

BDA turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam usaha tersebut dan berharap urusan pembersihan dapat diselesaikan dengan lancar demi kesejahteraan bersama.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir landa Daerah Tatau, rekod terburuk sejak 1963
Next: Anggota terhad, komuniti disaran bekerjasama bersihkan kawasan terjejas banjir  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.