Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemantauan sekolah diperketat susulan dakwaan salah laku guru di Lawas
  • TEMPATAN

Pemantauan sekolah diperketat susulan dakwaan salah laku guru di Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn ketika ditemui media selepas merasmikan program Pemangkin STEM 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padawan, hari ini. Foto Adele Rissa

PADAWAN: Pengurusan dan pemantauan sekolah akan diperkemaskan melalui pendekatan lebih teliti susulan dakwaan salah laku membabitkan seorang guru di Lawas baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, langkah penambahbaikan itu penting bagi memastikan sistem pengurusan sekolah berada pada tahap lebih berkesan serta mengekalkan integriti warga pendidik.

Beliau berkata, walaupun insiden seumpama itu tidak sepatutnya berlaku, ia merupakan isu manusia yang boleh terjadi dan perlu ditangani melalui pengukuhan sistem sedia ada.

“Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Ini adalah isu manusia. Kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku, tetapi ia tetap boleh terjadi. Jadi apa yang boleh kita lakukan adalah memperketatkan pengurusan di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan salah laku membabitkan seorang guru di Lawas yang tular di media sosial selepas merasmikan program Pemangkin STEM 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padawan, di sini hari ini.

Menurutnya, pentadbir sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan aspek bimbingan, pemantauan serta disiplin dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

“Terutamanya mereka yang memegang jawatan pentadbiran di sekolah, perlu memberikan pendidikan dan bimbingan yang mencukupi kepada guru-guru serta pelajar,” tegasnya.

Tambah beliau, kementerian turut menekankan keperluan amaran serta tindakan tegas terhadap mana-mana pelanggaran etika dalam kalangan warga pendidik.

“Kedua, perlu ada amaran tegas terhadap perkara-perkara yang salah dan tidak sepatutnya berlaku,” ujarnya

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKR teliti langkah tambah baik penyelenggaraan Jambatan Batang Lupar 1
Next: Belia Sarawak gesa bandar lebih bersih, selamat dan mesra kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.