Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pemantauan harga barang diteruskan
  • TEMPATAN

Pemantauan harga barang diteruskan

Utusan Sarawak 5 years ago

NURZILLA MOHAMAD

SIBU: Pemeriksaan dan pemantauan harga barang keperluan di premis-premis perniagaan, pasar awam, pasar raya dan farmasi di sekitar Bandar Sibu akan diteruskan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sibu dalam kenyataannya semalam berkata, pemeriksaan dan pemantauan harga yang dijalankan adalah bertujuan memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi bagi pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Antara barangan yang diperiksa adalah seperti gula, minyak masak, tepung gandum,beras, minyak diesel dan petrol.

Sepasukan Pegawai Penguatkuasa dan Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP Sibu telah melakukan rutin pemeriksaan dan pemantauan harga barang keperluan.

Sementara itu, Bilik Gerakan KPDNHEP Sibu sentiasa beroperasi dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari sepanjang tempoh PKP.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, aduan atau pertanyaan boleh dibuat secara terus melalui e-aduan.kpdnhep.gov.my atau menghubungi Bilik Gerakan KPDNHEP Sibu ditalian 084-335662 atau WhatsApp ke 019-2794317 (Aduan Pengguna).

Continue Reading

Previous: Dibenarkan kuarantin di rumah tanpa warga emas
Next: 83 KIR terima sumbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.