Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan banjir dipertingkat, keadaan di Mukah masih terkawal
  • WILAYAH

Pemantauan banjir dipertingkat, keadaan di Mukah masih terkawal

Utusan Sarawak 2 days ago
BANJIR… Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mukah terus mempergiat pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir di daerah Mukah, hari ini. Foto APM Mukah

MUKAH: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mukah terus mempergiat pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir di daerah ini susulan hujan berterusan dan fenomena air pasang, namun keadaan keseluruhan dilaporkan masih selamat dan terkawal.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mukah, Kapten (PA) Zuriza Sharkawi berkata pemantauan dilaksanakan bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang hari ini melibatkan lima lokasi utama di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mukah.

Beliau berkata antara kawasan yang dipantau ialah Rumah Empi, Rumah Jawing, Jalan Utama Tingkas Sebakong, Kampung Sau dan Kampung Sesok Baru dengan kebanyakan lokasi menunjukkan trend paras air pasang ketika pemantauan dijalankan.

BANJIR… Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mukah terus mempergiat pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir di daerah Mukah, hari ini. Foto APM Mukah


“Di Rumah Empi, pemantauan mendapati paras air sungai sedang pasang ketika hujan renyai-renyai, namun keadaan sungai masih bersih dan selamat tanpa sebarang ancaman kepada penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zuriza, di Rumah Jawing pula, kawasan hadapan rumah panjang dilaporkan dinaiki air sedalam kira-kira 70 inci akibat air pasang dan hujan berterusan, namun tiada pemindahan penduduk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diperlukan setakat ini.

Beliau berkata pemantauan di Jalan Utama Tingkas Sebakong mendapati air sungai melimpah dan membanjiri jalan utama dengan kedalaman sekitar 13 inci, namun laluan tersebut masih boleh dilalui kenderaan kecil dan berada dalam keadaan terkawal.

BANJIR… Angkatan Pertahanan Awam (APM) Mukah terus mempergiat pemantauan di beberapa kawasan berisiko banjir di daerah Mukah, hari ini. Foto APM Mukah

Sementara itu, di Kampung Sau dan Kampung Sesok Baru, katanya, paras air sungai dilaporkan pasang dengan arus agak laju serta membawa bersama kayu-kayu kecil dan sisa sampah, namun situasi masih tidak membahayakan penduduk.

“Secara keseluruhan, tiada sebarang insiden bencana atau kecemasan dilaporkan sepanjang tempoh pemantauan dan semua pasukan berada dalam keadaan selamat dengan logistik mencukupi serta siap sedia untuk diatur gerak sekiranya diperlukan,” katanya.

APM Mukah menasihatkan penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Residen Bahagian Mukah turun padang tinjau banjir di Daerah Matu
Next: Penduduk Kampung Tanam berjaga-jaga susulan paras air meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.