Penduduk Kampung Tanam berjaga-jaga susulan paras air meningkat

Facebook
WhatsApp
PENDUDUK kampung memantau paras air yang meningkat di kawasan rendah.

DALAT: Hujan berterusan sejak pagi menyebabkan beberapa kawasan rendah di Kampung Tanam dinaiki air sehingga malam ini.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati paras air meningkat secara berperingkat, namun keadaan dilaporkan masih terkawal setakat ini.

Penduduk kampung dilihat berada dalam keadaan berjaga-jaga, khususnya pada waktu malam, bagi memantau paras air serta memastikan keselamatan keluarga masing-masing.

Sebagai langkah awal, sebahagian penduduk turut mengalihkan kenderaan ke kawasan lebih tinggi.

Oleh Tarani Lanting