Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pemandu mabuk antara ditahan dalam Op Mabuk di Miri
  • JENAYAH

Pemandu mabuk antara ditahan dalam Op Mabuk di Miri

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERIKSA…Anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas pemandu dan kenderaan dalam Operasi Khas Op Mabuk di Jalan Miri-Airport bagi mengesan kesalahan trafik serta membanteras pemanduan di bawah pengaruh alkohol. Foto PDRM Miri

MIRI: Seorang pemandu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol antara yang ditahan dalam Operasi Khas Op Mabuk yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di Jalan Miri-Airport, awal pagi tadi.

Dalam operasi yang berlangsung dari 11.00 malam hingga 2.30 pagi itu, polis turut mengeluarkan sebanyak 45 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, operasi berkenaan melibatkan seorang pegawai kanan bersama lapan anggota trafik dan bertujuan membanteras kesalahan lalu lintas serta pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Menurut beliau, seramai 140 individu terdiri daripada 98 lelaki dan 42 wanita diperiksa bersama 127 kenderaan sepanjang operasi dijalankan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dikesan termasuk memandu tanpa lesen, pengubahsuaian ekzos, cukai jalan tamat tempoh, gagal mempamerkan huruf ‘P’ dan beberapa kesalahan teknikal lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun ditahan selepas ujian pernafasan menggunakan alat ujian saringan alkohol 2 (SD2) mendapati terdapat kandungan alkohol dalam badannya ketika memandu.

“Susulan itu, sampel darah telah diambil di Jabatan Forensik Hospital Miri untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Farhan berkata, individu yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM30,000 selain hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.

Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan atau kesalahan trafik boleh menyalurkannya kepada IPD Miri atau balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan di Bau kerana memiliki dan menyalahgunakan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.