Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu lori cedera ringan, kemalangan kendiri di Jalan Tanjung Genting
  • KEMALANGAN

Pemandu lori cedera ringan, kemalangan kendiri di Jalan Tanjung Genting

Utusan Sarawak 11 hours ago
KEMALANGAN… Kemalangan kendiri melibatkan lori sawit di Jalan Tanjung Genting, hari ini. Foto PGO Bomba Sarawak 

BINTANGOR: Pemandu lori sawit cedera ringan selepas terlibat dengan kemalangan kendiri di Jalan Tanjung Genting, hari ini. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar 8.51 pagi tadi. 

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bergegas ke lokasi. Setibanya di lokasi, PKO dimaklumkan lelaki dewasa cedera ringan akibat kemalangan kendiri tersebut,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, mangsa dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian. 

“Mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Tiada operasi penyelamatan dilakukan di lokasi. PKO hanya membuat pemantauan serta pembersihan pasca kemalangan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pokok tumbang tersangkut kabel elektrik di Jalan Hua Ban
Next: Angin kencang terbangkan bumbung bangsal nelayan di Tamu Ikan, Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.