Pokok tumbang tersangkut kabel elektrik di Jalan Hua Ban

Facebook
WhatsApp
POKOK TUMBANG…Anggota bomba memotong dahan pokok tumbang di Jalan Hua Ban, malam tadi. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Pokok telah tumbang di Jalan Hua Ban malam tadi dan tersangkut pada kabel elektrik Sarawak Energy Berhad (SEB), kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik. 

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 7.09 malam. 

“Sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Teo Beng Khim bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati pokok telah tumbang tersangkut pada kabel elektrik SEB,” katanya ketika dihubungi.

POKOK TUMBANG…Anggota bomba memotong dahan pokok tumbang di Jalan Hua Ban, malam tadi. Foto BBP Sarikei 

Katanya, pasukan bomba menggunakan mesin gergaji berantai untuk memotong dahan pokok tersebut. 

“Operasi memotong dan mengalihkan dahan pokok tumbang dijalankan dalam tempoh lebih kurang 46 minit. 

“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 8.17 malam,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem