Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu kenderaan pacuan empat roda akibatkan kemalangan lima kenderaan didapati positif dadah 
  • KEMALANGAN

Pemandu kenderaan pacuan empat roda akibatkan kemalangan lima kenderaan didapati positif dadah 

Utusan Sarawak 4 hours ago
GEMPAR… Kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Kampung Nyabor/Jalan Sentral berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, semalam.

SIBU: Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai menjadi punca kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Kampung Nyabor/Jalan Sentral berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, malam tadi, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu lelaki tempatan berusia 41 tahun itu positif methamphetamine dan benzo.

“Sampel darah turut diambil dan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis alkohol serta dadah. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KENDERAAN suspek terbabas melanggar tiang lampu dan tembok BBP Sibu Sentral.

Menurutnya, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu kira-kira 9.27 malam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan semua pemandu, dan kemalangan hanya menyebabkan kerosakan kenderaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian suspek yang gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar kenderaan lain.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Rakyat Malaysia antara lapan terkorban dalam nahas helikopter di Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.