Pemandu cedera parah kemalangan kendiri di Jalan Medamit

Facebook
WhatsApp
PINDAHKAN MANGSA…anggota Bomba membawa mangsa keluar daripada kawasan kemalangan untuk dikejarkan ke Hospital Limbang.  

LIMBANG: Seorang lelaki berusia 25 tahun cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam kemalangan kendiri di Kilometer 37, Jalan Medamit, di sini pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian dilaporkan berlaku sekitar 11.00 pagi.

“Mangsa ditemui tersepit di dalam kenderaan dalam keadaan sedar. Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya (RTA) untuk mengeluarkan mangsa,” kata kenyataan itu.

OPERASI MENYELAMAT…anggota Bomba sedang merangka cara menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan pada 11.56 pagi setelah keadaan disahkan selamat dan terkawal.

 Oleh Adeng Edrus