Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Pemandu berdepan detik cemas kereta terbakar
  • KEBAKARAN

Pemandu berdepan detik cemas kereta terbakar

Utusan Sarawak 4 months ago

ROBAN: Seorang pemandu berdepan detik cemas selepas kenderaan yang dinaikinya itu terbakar dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Berayang, dekat sini petang tadi.

Ketua Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 5.44 petang.

“Komander operasi telah melaporkan sebuah kereta jenis Toyota telah terbakar hampir 100 peratus akibat dari kemalangan.

“Pemandu seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri sebelum kereta tersebut terbakar,” katanya.

PGO berkata pasukan keluaran operasi (PKO) menggunakan satu aliran salur bantu mula untuk memadam kebakaran sehingga selesai.

“Usaha mengawal dan memadam kebakaran tersebut telah berjaya dilakukan dalam tempoh sekitar 28 minit.

“Namun demikian, tiada sebarang insiden yang tidak diiingini dilaporkan berlaku akibat kejadian tersebut,” tambahnya.

Dalam pada itu, seramai sembilan anggota BBP Saratok yang diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Freddy John telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi bantuan memadamkan kenderaan yang terbakar itu.

Continue Reading

Previous: Kebakaran: Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang
Next: Kebakaran bumbung Gereja St. Joseph akibat litar pintasĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.