Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pemandu bas sekolah muat naik video kanak-kanak ditahan
  • JENAYAH

Pemandu bas sekolah muat naik video kanak-kanak ditahan

Utusan Sarawak 9 months ago
KETUA Polis Johor CP M Kumar

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pemandu bas yang memuat naik video dan menyiarkan gambar kanak-kanak dibawanya di Simpang Renggam, Kluang, awal pagi ini.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata, lelaki tempatan berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada 2.57 pagi dan merampas telefon bimbit dipercayai digunakannya untuk siasatan lanjut.

“Siasatan sedang dijalankan dan pihak polis mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang terdapat dalam rakaman video agar tampil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15 (2) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Semalam seorang pengguna media sosial X, berkongsi tangkap layar hantaran TikTok milik pemandu bas sekolah yang merujuk seorang pelajar perempuan sebagai crush dan ‘kesayangan’.

Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas berkenaan.

Beliau berkata, kelakuan itu tidak boleh diterima dan menjadi normalisasi berikutan tindakan berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah melanggar hak serta privasi kanak-kanak (Akta Kanak-Kanak 2001).

Nancy berkata, kementeriannya turut bersedia bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK).

Berdasarkan pemerhatian Bernama di TikTok, pemilik akaun itu yang menggunakan nama ‘Abang Bas’ mempunyai lebih 600,000 pengikut, merekodkan video ketika memandu bas sekolah dengan wajah pelajar jelas kelihatan. – Bernama

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: SPRM tahan dua pegawai agensi penguat kuasa
Next: Warga emas didenda RM8,000 cabul kehormatan wanita OKU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.