Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pemain golf Pavan ‘bersyukur masih hidup’ selepas terjatuh lubang lif
  • GLOBAL

Pemain golf Pavan ‘bersyukur masih hidup’ selepas terjatuh lubang lif

Utusan Sarawak 3 hours ago
ANDREA Pavan dilaporkan bersyukur kerana masih hidup selepas terjatuh ke dalam lubang lif di kediamannya di Rome. Foto agensi

ROME: Pemain golf Itali, Andrea Pavan, berasa ‘bersyukur kerana masih hidup’ selepas terjatuh setinggi tiga tingkat ke dalam lubang lif, lapor PA Media/dpa.

Atlet berusia 36 tahun itu, yang merupakan pemenang dua kali Jelajah Dunia DP, sepatutnya bertanding dalam Kejohanan Terbuka Afrika Selatan Investec di Kelab Golf Stellenbosch minggu ini, namun terpaksa menarik diri susulan insiden yang berlaku pada Rabu.

Laporan menyatakan bahawa kemalangan itu, yang berlaku di kediaman peribadinya, terjadi apabila pintu lif terbuka tetapi tiada kabin lif di dalam ruang berkenaan, menyebabkan Pavan terjatuh dan mengalami pelbagai kecederaan.

Media Itali melaporkan beliau telah menjalani pembedahan selama enam jam akibat beberapa keretakan pada tulang belakang serta prosedur memasang plat pada bahagian bahu. Keadaan beliau dilaporkan serius namun tidak mengancam nyawa.

“Berdasarkan semua laporan, beliau berada dalam semangat yang baik, bersyukur kerana masih hidup dan sempat membuat panggilan FaceTime bersama anak-anaknya,” kata bekas jurulatih kolej Pavan, JT Higgins, kepada Golf Channel. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tujuh maut dalam letupan gas di Kazakhstan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.