Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pelombong guna teknologi 5G kerja dari rumah
  • GLOBAL

Pelombong guna teknologi 5G kerja dari rumah

Utusan Sarawak 5 years ago
KAWAL JENTERA… Pekerja Syarikat China Molybdenum mengawal jentera menggunakan alat kawalan jauh 5G. • Foto AFP

ZHENGZHOU: Bekerja dari rumah kini tidak hanya untuk mereka yang bekerja di pejabat.

Pelombong di daerah Luanchuan, wilayah Henan di China membuktikan mereka juga boleh bekerja dari rumah dengan menggunakan alat kawalan jauh kenderaan dan jentera generasi kelima (5G) untuk menjalankan tugas industri berat dari rumah.

Stesen penyiar CCTV melaporkan syarikat China Molybdenum telah menggunapakai teknologi 5G di lombong Sandaozhuang di tengah China sejak 2019.

Teknologi seumpama itu membolehkan pekerja kolar biru bekerja dari rumah memandangkan pandemik Covid-19 masih melanda dunia.

“Pekerja boleh mengawal peralatan di lombong pada jarak jauh dengan tepat berikutan sambungan kelajuan tinggi dan latensi rendah. Ia bermaksud mereka boleh melihat apa yang dilakukan pada masa sebenar walaupun melakukan kerja berat dari jauh,” lapor CCTV lagi.

Perkara yang paling menarik, kesemua jentera tersebut yang dikawal dari jauh seolah-olah bergerak secara sendiri.

Teknologi tersebut jelas menunjukkan kemajuan inovasi China yang mempelopori teknologi 5G. – AFP

Continue Reading

Previous: Duterte masih sihat
Next: BANJIR PAKISTAN 90 maut, 200 keluarga dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.