Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pelancongan domestik bangkit lebih awal
  • NASIONAL

Pelancongan domestik bangkit lebih awal

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 18 Julai -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (kanan) ketika melawat River of Life Masjid Jamek sempena Lawatan Penyemarakan Pelancongan Domestik ke Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (kanan) ketika melawat River of Life Masjid Jamek sempena Lawatan Penyemarakan Pelancongan Domestik ke Kuala Lumpur semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Segmen pelancongan domestik, yang terjejas teruk akibat   penularan   pandemik Covid-19 dan penutupan sempadan   negara serta negeri susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, dijangka mampu bangkit lebih awal daripada jangkaan untuk kembali rancak.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia antara lain didorong faktor pematuhan tinggi rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.  

“Kalau saya secara peribadi mula-mula   saya terfikir mungkin pada Disember   barulah kita boleh bangkit, tapi nampaknya kita boleh bangkit lebih awal kerana kita merupakan   rakyat yang begitu mematuhi SOP.

“Jadi itu adalah antara jaminan bagi kita   untuk memberanikan diri untuk bergerak (melancong) dan  sama-sama kita memainkan peranan untuk mempertahankan SOP supaya kita berasa yakin untuk melancong dalam negara kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mengadakan lawatan ke beberapa tempat pelancongan utama sekitar ibu negara seperti di Dataran Merdeka, Taman Eko Rimba serta Muzium Diraja.  

Dalam persidangan Dewan Rakyat minggu ini, Nancy berkata sektor pelancongan   negara dijangka mengalami kerugian sekitar RM45 bilion tahun ini susulan penularan pandemik Covid-19, yang meliputi RM31 bilion segmen pelancongan antarabangsa manakala selebihnya segmen domestik.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) turut menyaksikan MOTAC melancarkan kempen Penyemarakan Semula Pelancongan Domestik sebagai langkah pemulihan sektor itu, merangkumi beberapa langkah seperti Pelan Pemulihan Pelancongan dan Pelan Pemulihan Kebudayaan.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, turut menjelaskan kekeliruan berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat berhubung kadar tempahan hotel-hotel mula merekodkan kadar penghunian yang tinggi sehingga 75 peratus.

Beliau menegaskan bahawa angka itu merujuk kepada hotel yang mempunyai daya tarikan tersendiri seperti di tepi pantai atau kawasan popular seperti Langkawi.

“Bagaimanapun secara puratanya tempahan hotel seluruh negara adalah pada kadar 21 hingga 30 peratus. Kita harap ini (melancong dalam negara)   akan jadi satu trend   dalam negara sebab ia   akan membantu pengusaha kita dan mereka yang bekerja di hotel,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: 9 termasuk lima penjawat awam direman
Next: 96 rakyat Malaysia dari India tiba di KLIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.