Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pelancaran kapal angkasa kargo Tianzhou-10 berjaya dilaksanakan
  • GLOBAL

Pelancaran kapal angkasa kargo Tianzhou-10 berjaya dilaksanakan

Utusan Sarawak 2 hours ago
ROKET pembawa Long March-7 Y11 yang membawa kapal angkasa kargo Tianzhou-10 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di provinsi Hainan, selatan China pada 8.14 pagi tadi.

WENCHANG, China: Roket pembawa Long March-7 Y11 yang membawa kapal angkasa kargo Tianzhou-10 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di provinsi Hainan, selatan China pada 8.14 pagi tadi.

Kira-kira 10 minit selepas pelancaran, Tianzhou-10 berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang ditetapkan. Panel solar pada kapal angkasa itu berfungsi dengan lancar, sekali gus menandakan kejayaan penuh misi pelancaran berkenaan.

Menurut Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas Bermanusia China, Tianzhou-10 kemudian dijadual menjalankan proses pertemuan dan pencantuman dengan Stesen Angkasa China yang beroperasi di orbit.

ROKET pembawa Long March-7 Y11 yang membawa kapal angkasa kargo Tianzhou-10 dilancarkan dari Pusat Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di provinsi Hainan, selatan China pada 8.14 pagi tadi.

Muatan Tianzhou-10 merangkumi satu sut angkasawan untuk kegunaan aktiviti luar kenderaan (EVA) serta bekalan keperluan harian untuk angkasawan bertugas, bahan pendorong, peralatan eksperimen serta bahan-bahan aplikasi.

Misi itu merupakan misi pembekalan kargo kelima selepas projek kejuruteraan angkasa lepas bermanusia China memasuki fasa aplikasi dan pembangunan stesen angkasa. Ia juga misi pelancaran ke-39 sejak projek berkenaan diluluskan dan dilaksanakan, sekali gus penerbangan ke-641 yang diselesaikan roket pembawa siri Long March.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Konflik Asia Barat: Modi gesa rakyat jimat bahan api, kurangkan pembelian emas, perjalanan luar negara
Next: Pesawat Turkish Airlines terbakar di lapangan terbang Nepal, penumpang selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.