KOTA SAMARAHAN: Perjalanan transformasi lima tahun Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan Pelan Strategik 2016-2020 telah membawa universiti jauh ke depan.
Naib Canselor UNIMAS Prof Datuk Dr Mohamad Kadim berkata antara membanggakan membuktikan adalah dalam pencapaian keberkesanan pelaksanaan transformasi universiti kejayaan antarabangsa terutamanya dari Times Higher Education World University Rankings dan QS World University Rankings.
“Sebagai sebuah universiti awam berstatus komprehensif, pengiktirafan seperti ini adalah penting dalam mengukuhkan jenama UNIMAS di persada antarabangsa sebagai sebuah universiti pilihan di Malaysia dan Borneo.
“Namun begitu, UNIMAS juga tidak terkecuali daripada menerima kesan cabaran pasca pandemik terutamanya yang berkaitan dengan kelestarian kewangan, pengurusan sumber dan juga budaya kerja,” ujar beliau semasa program Borneo Leadership Talk Series di univerisiti, semalam.
Kata beliau, pada masa kini, landskap sektor pendidikan pengajian tinggi di seluruh dunia sedang mengalami proses adaptasi normal baharu.
“Dalam konteks UNIMAS, kepimpinan strategik bertunjangkan nilai-nilai teras universiti yang telah di bangunkan sejak penubuhan universiti di Sarawak adalah penyumbang kepada kelestarian kecemerlangan UNIMAS di arena antarabangsa.
“Warga universiti yang memegang kukuh nilai-nilai teras UNIMAS iaitu integriti, cekal, ikhlas, inovatif dan keserakanan akan mempamerkan nilai-nilai ini dalam tingkah laku dan budaya kerja,” jelasnya.
Beliau turut mengatakan baru-baru ini, Times Higher Education World University Ranking telah meletakkan UNIMAS pada tangga ke-351 terbaik dunia dalam kategori Young University Rankings.
“Kategori ini hanya disertai oleh universiti yang berusia 50 tahun ke bawah dan dinilai melalui indikator pengajaran, penyelidikan, pemindahan teknologi atau ilmu dan juga pandangan antarabangsa.
“Selain itu, UNIMAS turut disenaraikan di tempat ke-201 terbaik dunia menerusi Times Higher Education University Impact Rankings apabila kesemua 17 SDG goals telah digunakan sebagai inidikator bagi mengukur pencapaian sesebuah universiti.
“UNIMAS turut ditempatkan dalam kalangan 401 universiti terbaik Asia menerusi Times Higher Education Asian University Rankings.
Lebih membanggakan kita, UNIMAS juga merupakan satu-satunya universiti di Asia Tenggara yang disenarai pendek dalam tiga kategori Times Higher Education Awards Asia 2020 iaitu bagi kategori Excellence and Innovation in the Arts, International Strategy of the Year dan Workplace of the Year,” katanya.
Oleh Alexandra Lorna