Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia
  • NASIONAL

Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia

Utusan Sarawak 11 months ago
JENAZAH pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar akan dibawa ke Masjid Bukit Baru Melaka pada 11.30 pagi ini untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka selepas zuhur.

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kamaruldzaman Bakar atau lebih dikenali Kamal Bakar meninggal dunia di Hospital Melaka, awal pagi ini.

Pemergian pelakon itu pada usia 62 tahun kira-kira 1.00 pagi dikongsi anak lelaki Allahyarham, Hanis Kamal menerusi laman Facebooknya.

“Assalamualaikum semua, dimaklumkan bahawa ayah saya Kamaruldzaman Bakar (Kamal Bakar) telah meninggal dunia sebentar tadi. 

“Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan surah al-Fatihah buat Ayah saya ya,” katanya dalam perkongsian tersebut. 

Hanis berkata jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Bukit Baru Melaka pada 11.30 pagi ini untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka selepas zuhur.

Sabtu lepas, Hanis memaklumkan bapanya nazak setelah dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat.

Allahyarham Kamal memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an dengan membintangi pelbagai drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar serta Ratu Teh Pin. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Next: Penjelasan mengenai penjualan saham MAHB tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.