Pelajar sekolah rendah terperangkap kereta diselamatkan APM Kuching

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
OPERASI pihak APM menyelamat mangsa terperangkap dalam kereta di hadapan restoran di Metrocity, Jalan Matang. Foto APM Kuching

KUCHING: Pelajar sekolah rendah berusia sekitar lapan hingga sembilan tahun diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuching selepas terperangkap hampir 30 minit di dalam kenderaan di hadapan restoran di Metrocity, Jalan Matang, hari ini.

Menurut kenyataan APM Kuching, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota diketuai Koperal (PA) Khairuddin Jamel digerakkan ke lokasi.

OPERASI pihak APM menyelamat mangsa terperangkap dalam kereta di hadapan restoran di Metrocity, Jalan Matang. Foto APM Kuching

“Sebaik tiba, pasukan mendapati seorang pelajar lelaki sedang tidur di dalam kereta berkunci. 

“Anggota kami mengambil masa kurang daripada satu minit untuk membuka pintu menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelajar terbabit dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas diselamatkan.

APM Kuching menasihatkan orang ramai agar segera menghubungi talian 082-252940 atau 082-252941 ataupun talian kecemasan 999 sekiranya berdepan sebarang situasi kecemasan.

Sepanyol musnahkan impian perpisahan Messi

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat: Ferran Torres muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan untuk membawa Sepanyol menewaskan juara