Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pelajar maut terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk di Daro
  • KEMALANGAN

Pelajar maut terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk di Daro

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

DARO: Seorang pelajar lelaki tingkatan empat maut akibat terkena renjatan elektrik manakala seorang lagi cedera dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos berkata, pihak polis menerima makluman daripada pihak sekolah mengenai kejadian itu kira-kira 8 malam, ketika tiga pelajar lelaki sedang mengambil air wuduk.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia berusia 16 tahun dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Seorang lagi mangsa berusia 15 tahun, pelajar tingkatan tiga, telah dikejarkan ke Hospital Daro untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu.

“Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak Sesco telah dimaklumkan bagi memutuskan bekalan elektrik dan memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut, manakala kes masih dalam siasatan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal cedera terjatuh dalam longkang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.