Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pelajar dikhuatiri lemas ditarik ombak, tiga rakan selamat ketika mandi di pantai
  • KEMALANGAN

Pelajar dikhuatiri lemas ditarik ombak, tiga rakan selamat ketika mandi di pantai

Utusan Sarawak 4 months ago

CARI...Pasukan bomba menjalankan operasi di pantai Batu 1 Kuala Baram di Miri petang tadi. - Gambar JPBM

MIRI: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dikhuatiri lemas manakala tiga lagi rakannya selamat ketika mandi di Pantai Batu Satu Kuala Baram di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.40 petang. 

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lutong dikejarkan ke lokasi yang terletak pada jarak lapan kilometer dari balai.

“Setibanya di tempat kejadian, keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk operasi pencarian kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pasukan penyelamat.

“Pencarian ditangguhkan sehingga pagi esok  (Selasa) bermula jam 8 pagi,” katanya. 

Sebelum kejadian, mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohamad Iqbal, 15, bersama tiga orang rakan berusia lingkungan 15 hingga 16 tahun sedang mandi di pantai berkenaan sejak jam 5 petang.

Mangsa dipercayai ditarik ombak sebelum dipercayai hanyut dibawa arus deras dan gagal diselamatkan.

Continue Reading

Previous: Lelaki dikhuatiri lemas ketika menyeberangi sungai
Next: Tiga cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Deshon, Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.