Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pelajar cemerlang SPM 2024 layak terima insentif tunai
  • TEMPATAN

Pelajar cemerlang SPM 2024 layak terima insentif tunai

Utusan Sarawak 3 weeks ago
(KIRI ke kanan) Pembantu Khas Dr Kelvin Yii, George Lam, Dr Kelvin Yii, Pembantu Khas Chong Chieng Jen, Sim Kiat Leng, dan Pembantu Khas Dr Kelvin Yii, Lesley Chong bergambar bersama poster Stampin dan Program Ganjaran Bandar Kuching 2024 Keputusan Cemerlang SPM.

KUCHING: Pusat Khidmat Bandar Kuching dan Stampin hari ini mengumumkan pelancaran Program Ganjaran Keputusan Cemerlang SPM 2024, satu inisiatif bagi menghargai pencapaian pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kawasan Parlimen masing-masing.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program ini terbuka kepada pelajar yang menetap di kawasan Bandar Kuching atau Stampin dan telah menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

Jurucakap, berkata ganjaran dalam bentuk insentif tunai akan diberikan berdasarkan bilangan gred A yang diperoleh.

Katanya, 6A peroleh sebanyak RM200, 7A (RM300), 8A (RM500), 9A dan 10A atau lebih  RM600 dan RM700 masing-masing

“Untuk memohon, pelajar perlu mengemukakan dokumen sokongan iaitu Salinan kad pengenalan (IC), Salinan slip keputusan SPM 2024, Sijil berhenti sekolah, dan Salinan penyata bank.

“Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Mei 2024.

“Permohonan boleh dibuat melalui pautan dalam talian yang disediakan, atau dengan mengimbas kod QR yang terdapat di halaman Facebook rasmi Chong Chieng Jen, dan Dr Kelvin Yii.

“Pusat Khidmat turut menyeru semua pelajar yang layak agar merebut peluang ini sebagai penghargaan terhadap usaha gigih mereka.

“Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar atas pencapaian cemerlang mereka dalam SPM 2024, dan berharap inisiatif ini dapat menjadi dorongan untuk terus berjaya di masa hadapan,” katanya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Iman jadi kompas: Polis Sarawak raikan Hari Polis ke-218 dengan ibadah
Next: Majlis Daerah Siburan catat sejarah, 32 ahli majlis angkat sumpah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.