Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pelabur dicadang kurang beri tumpuan
  • BISNES

Pelabur dicadang kurang beri tumpuan

Utusan Sarawak 5 years ago
RAKUTEN Trade Sdn Bhd mencadangkan pelabur untuk kurang memberi tumpuan kepada kaunter.

KUALA LUMPUR: Dengan pasaran ekuiti tempatan yang tidak menentu berikutan pandemik Covid-19, Rakuten Trade Sdn Bhd mencadangkan pelabur untuk kurang memberi tumpuan kepada kaunter yang melibatkan barangan bernilai tinggi seperti hartanah dan kenderaan.

Dalam taklimat media secara maya bertajuk ‘Memasuki Normal Baharu’ semalam, Ketua Penyelidikan, Kenny Yee menasihatkan pelabur untuk berhati-hati berikutan impak daripada pandemik ini dan magnitudnya kepada ekonomi tempatan masih belum diketahui.

Mengulas mengenai saham perbankan, yang membawa paling banyak wajaran di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), katanya: “Bank masih tidak jelas berikutan tiada siapa tahu impak sebenar daripada kadar faedah rendah dan moratorium selama enam bulan.

“Bagi saya, saya akan melihat kepada bank-bank yang secara tradisional stabil seperti Maybank, Public Bank dan Hong Leong Bank, serta sebab ia diniagakan pada premium berbanding yang lain.”

Yee berkata prestasi pendapatan bank pada suku pertama tahun ini tidak akan terlalu keterlaluan dan beliau menjangka impak sebenar daripada Covid-19 hanya akan dapat dilihat dalam prestasi pendapatan sektor pada dua suku tahun akan datang.

Mengenai prospek, beliau menjangka FBM KLCI akan mengakhiri tahun ini pada 1,400 manakala ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar US, berada antara 4.20-4.25 setiap dolar US dengan peningkatan dihadkan oleh harga minyak mentah yang rendah.

Pada tengah semalam, FBM KLCI naik 1.42 mata atau 0.10 peratus kepada 1,425.39 daripada 1,423.97 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks utama dibuka tinggi 5.29 mata kepada 1,429.26 dan berada antara 1,420.18 dan 1,430.19 sepanjang sesi awal.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 435 berbanding 377, manakala 378 kaunter tidak berubah, 701 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.81 bilion bernilai RM1.90 bilion. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tingkatkan pulangan tenaga boleh diperbaharu
Next: Keuntungan Bintulu Port Holding turun RM31.06 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.