Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pekukuh perpaduan, toleransi tinggi mudahkan kerajaan salur projek pembangunan
  • Selatan
  • WILAYAH

Pekukuh perpaduan, toleransi tinggi mudahkan kerajaan salur projek pembangunan

Utusan Sarawak 2 days ago
DAYANG Noorazah semasa menghadiri majlis sambutan Gawai Dayak di Rumah Layang, Sungai Suak dekat sini, semalam. -Foto ADUN Lingga

MALUDAM: Perpaduan yang terjalin kukuh dan keharmonian serta toleransi yang sangat tinggi di antara semua komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga memudahkan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan wakil rakyatnya merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan dengan jayanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata ia meliputi pembangunan daripada Program Transformasi Luar Bandar (RTP), agensi kerajaan, kementerian dan sebagainya.

“Hanya perpaduan yang terjalin kukuh dan keharmonian serta toleransi yang sangat tinggi di antara semua komuniti boleh membawa pembangunan dan kesejahteraan di Sarawak.

“Kerajaan GPS sentiasa berusaha untuk membawa pembangunan ke setiap pelusuk Sarawak supaya boleh dinikmati oleh segenap masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

“Kebolehan kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam mencari dan mengusahakan pelbagai cara untuk memperoleh sumber pendapatan dalaman menunjukkan usaha kerajaan Sarawak membuahkan hasil dengan peningkatan pendapatan saban tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis sambutan Gawai Dayak di Rumah Layang, Sungai Suak dekat sini, semalam.

Dayang Noorazah berkata Sarawak kini telah membangun dengan pesat atas faktor kebijaksanaan pemimpin negeri yang berwibawa, kelestarian politik yang stabil serta teras perpaduan masyarakat yang bersatu dalam kepelbagaian.

“Kita mesti terus bersatu padu dan bergerak maju ke hadapan sebagai satu pasukan yang mantap dan justeru itu, semua pihak perlu berganding bahu mengekalkan keamanan dan perpaduan yang dikecapi selama ini supaya tidak tergugat dan diracuni oleh unsur-unsur luar,” katanya.

Pada majlis tersebut, Dayang Noorazah turut meluluskan peruntukan projek menaik taraf gelanggang futsal berjumlah RM100,000 untuk fasa pertama dan menaik taraf dewan serbaguna berjumlah RM50,000 yang akan dimasukkan ke projek RTP 2026. 

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ibadah korban medan tarbiah rohani, wadah penyatuan komuniti Islam
Next: IPD Lawas laksana ibadah korban sempena Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.