Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ibadah korban medan tarbiah rohani, wadah penyatuan komuniti Islam
  • Selatan
  • WILAYAH

Ibadah korban medan tarbiah rohani, wadah penyatuan komuniti Islam

Utusan Sarawak 1 week ago
PROGAM ibadah korban anjuran JKP Masjid Bandar Sri Aman yang diadakan dekat sini pagi tadi. -Foto Iswandi Kassim

SIMANGGANG: Ketibaan bulan Zulhijjah saban tahun disambut penuh kesyukuran oleh umat Islam di seluruh dunia, menghayati semangat dan falsafah pengorbanan sempena sambutan Aidiladha.

Di Masjid Bandar Sri Aman, ibadah korban yang dilaksanakan hari ini bukan sekadar menandakan hari terakhir pelaksanaan korban Aidiladha 1446 Hijrah, malah menjadi medan tarbiah rohani dan wadah penyatuan komuniti Islam setempat, khususnya dalam mendidik generasi muda memahami erti sebenar pengorbanan.

Program ibadah korban anjuran Jawatankuasa Pengurusan (JKP) Masjid Bandar Sri Aman itu disempurnakan dengan penyembelihan seekor lembu sumbangan Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli.

Dengan penyertaan aktif ahli-ahli jawatankuasa pengurusan masjid, peserta korban, ahli kariah, Unit Saudara Kita (USK) dan petugas masjid menjadikan suasana pagi tadi meriah dengan semangat gotong-royong dan ukhuwah Islamiyah.

Menurut Pengerusi JKP Masjid Bandar Sri Aman, Azmi Morshidi berkata Aidiladha bukan hanya tentang penyembelihan haiwan, tetapi merupakan peluang terbaik untuk mendidik anak-anak mengenai nilai-nilai keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT.

“Justeru, Aidiladha menjadi waktu terbaik untuk ibu bapa menyampaikan mesej bahawa ibadah dalam Islam bukan sekadar ritual atau ikut-ikutan, tetapi ia adalah satu bentuk ujian dan latihan jiwa untuk menjadi insan yang kamil dan bertakwa.

“Anak-anak harus difahamkan bahawa segala perintah Allah, walau kadang kala sukar difahami dengan logik akal, wajib dilaksanakan sebagai bukti keimanan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli Parlimen Batang Lupar itu di atas keprihatinan beliau terhadap komuniti Islam di sini dan turut menambah bahawa ibadah korban merupakan simbol pengorbanan nafsu, keegoan dan keduniaan demi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Sambil mengajar anak-anak tentang kepentingan berkongsi rezeki dan rasa empati terhadap golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.

Program korban kali ini turut menyasarkan agihan kepada lebih 100 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal, warga emas dan keluarga berpendapatan rendah di sekitar Bandar Simanggang. 

Keseluruhan proses penyembelihan dan agihan dijalankan mengikut syariat Islam dan peraturan kesihatan yang ditetapkan.

Masjid Bandar Sri Aman bercadang untuk menjadikan program korban sebagai acara tahunan, sekali gus memperkukuhkan ukhuwah dalam komuniti dan memperluaskan manfaatnya kepada lebih ramai penerima di masa akan datang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM47 juta atasi banjir berlarutan di Maludam
Next: Pekukuh perpaduan, toleransi tinggi mudahkan kerajaan salur projek pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.