Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pekebun Getah digesa mohon IPG
  • TEMPATAN

Pekebun Getah digesa mohon IPG

Utusan Sarawak 5 years ago

ZARINA ABDULLAH

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengalu-alukan para pekebun kecil getah di Sarawak untuk memohon Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dalam usaha membantu mereka yang terjejas pada masa ini.

Insentif ini telah diperkenalkan pada bulan lepas diseluruh negara oleh Lembaga Pengarah Getah Malaysia untuk membantu pekebun kecil mendapat harga penjualan getah yang lebih baik.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk membuat insentif itu lebih munasabah.

“Jabatan Pertanian negeri kini menjemput pekebun kecil di negeri untuk memohonnya yang mana LGM akan membayar harga RM1.40 sekilogram bagi 100 peratus Kandungan Getah Keringdan RM0.90 sekilogram getah.

“Mereka juga akan membayar RM1.40 sekilogram untuk 100 peratus Kandungan Getah Kering bagi helaian getah.

“Di sini Kerajaan Sarawak akan membayar 50 sen tambahan setiap kilogram untuk kedua-dua sekerap cawan dan helaian getah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adatdan Pembangunan Wilayah,ia bermakna sekerap cawan getah dan helaian getah masing-masing kini berharga RM1.90 sekilogram.

“Walaupun kenaikan itu tidak besar, ia akan membolehkan penoreh mempunyai harga dan pendapatan lebih berpatutan untuk produk mereka.

“Insentif ini adalah untuk semua pekebun kecil malaysia berkuat kuasa mulai 1 hingga 30 April ini dan memandangkan kenyataan itu menyatakan bahawa pekebun kecil di Sarawak di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian, maka mereka turut boleh memohon insentif untuk Mac kerana ia turut berkuatkuasa,” jelasnya.

Uggah turut menasihatkan para pekebun kecil yang ingin mendapatkan insentif untuk mendapatkan Permit Pihak Berkuasa Transaksi Getah (PAT-G) seperti yang dikehendakioleh LGM yang boleh diperoleh secara percuma dari semua pejabat pertanian di negeri ini.

Tambahnya, kegagalan mengeluarkan permit itu boleh menyebabkan kelewatan pemprosesan atau pembayaran.

“LGM turut mengatakan pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank pekebun kecil seperti yang dinyatakan dalam borang tuntutan mereka,” tambahnya.

Continue Reading

Previous: Hina Nabi: AWAS buat laporan polis
Next: Penghantar bantuan harus patuhi SOP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.