Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pejabat kerajaan beroperasi dengan kehadiran berpadanan
  • NASIONAL

Pejabat kerajaan beroperasi dengan kehadiran berpadanan

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 5 Mei -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) semasa sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 30 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 6,383 kes manakala yang sembuh 83 kes dan terdapat satu kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 106 kes. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kanan) semasa sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pejabat kerajaan beroperasi dengan kehadiran yang berpadanan pada hari pertama penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Selasa lepas, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Beliau berkata, laporan catatan kehadiran semasa daripada  kementerian serta jabatan masing-masing mendapati purata peratusan kehadiran penjawat awam ke pejabat adalah 15 hingga 35 peratus Selasa lepas.

“Dapatan laporan yang diterima menerusi kementerian serta jabatan menunjukkan peratusan kehadiran penjawat awam pada hari pertama PKPB tidak seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

“Data pelaporan peratusan yang diterima ini jelas menunjukkan bahawa walaupun pejabat kerajaan mula beroperasi sepenuhnya bermula 4 Mei, namun pendekatan yang diambil oleh ketua jabatan masing-masing telah meminimumkan kehadiran penjawat awam ke pejabat dengan opsyen bekerja dari rumah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd Khairul berkata, antara laporan kehadiran yang diperolehi seperti  Kementerian Tenaga dan Sumber Asli adalah  15  peratus; Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), 24 peratus;  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (29 peratus); Kementerian Pengangkutan (27 peratus).

Unit Perancang Ekonomi (28 peratus); Kementerian Dalam Negeri  (38 peratus);  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (20 peratus); Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (28.18 peratus);  Kementerian Pertahanan (27.48 peratus);  Kementerian Pengajian Tinggi (35.01 peratus);  Kementerian Kerja Raya (30 peratus) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (15 peratus).

Jelasnya, peratusan kehadiran itu akan berubah  mengikut masa dan keperluan tanpa menjejaskan prinsip asas dan objektifnya.

“Pendekatan bekerja dari rumah dan bekerja mengikut waktu fleksi adalah pendekatan yang digalak dan diamalkan pada ketika ini  untuk membendung penularan wabak Covid-19.

“Semua kementerian dan jabatan diarah  supaya memastikan sistem penyampaian kerajaan berfungsi sepenuhnya. Budi bicara ketua jabatan dalam menguruskan sumber manusia di pejabat masing-masing adalah dibenarkan dalam memastikan sistem penggiliran atau mereka yang diminta untuk bekerja dari rumah dapat dikawal selia bagi menjamin penyampaian perkhidmatan berterusan,” katanya.

Mohd Khairul  berkata, ketua jabatan perlu memastikan peraturan  sedia ada dipatuhi sepenuhnya selari dengan arahan  yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, JPA berharap semua pihak yang berurusan dengan pejabat kerajaan  dapat mematuhi normal  baharu melalui garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara,  Kementerian Kesihatan  dan kementerian serta jabatan berkaitan.

“Perkhidmatan yang dapat dilakukan secara dalam talian perlu dimanfaatkan sepenuhnya.  Kita harus cepat mengadaptasi pendekatan dan persekitaran yang berbeza dalam normal baharu kerja pada masa sekarang bagi memastikan penularan wabak Covid-19 ini dapat dibendung dengan kadar segera,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: PKPB dilaksana berdasarkan pertimbangan situasi menang-menang
Next: Rakyat mampu buat kawalan kendiri semasa PKPB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.