Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pegawai Vietnam dituduh di mahkamah kerana rasuah penerbangan semasa COVID-19
  • GLOBAL

Pegawai Vietnam dituduh di mahkamah kerana rasuah penerbangan semasa COVID-19

Utusan Sarawak 5 months ago

Pegawai Vietnam yang dituduh terlibat dalam rasuah berkaitan penerbangan bawa pulang warga Vietnam pada permulaan pandemik COVID-19 berdiri semasa perbicaraan mereka di Mahkamah Rakyat Hanoi, Vietnam. - Foto AFP

HANOI: Lebih 50 pegawai Vietnam dihadapkan ke mahkamah di Hanoi hari ini atas dakwaan rasuah berkaitan penerbangan membawa pulang warganegara itu semasa pandemik COVID-19, satu skandal yang menyaksikan 54 individu dipenjarakan tahun lalu.

Kes itu merupakan sebahagian daripada kempen anti-rasuah besar-besaran yang telah menyebabkan peletakan jawatan seorang presiden dan dua timbalan perdana menteri di negara yang biasanya mengatur percaturan politik dengan teliti.

Tahun lalu, 54 pegawai dan ahli perniagaan didapati bersalah menerima, menawarkan atau menjadi perantara rasuah yang menurut media kerajaan berjumlah AS$9.5 juta (RM42.65 juta).

Mereka termasuk empat bekas pegawai kanan di kementerian luar negeri, kesihatan dan keselamatan awam, yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Antara 17 individu yang dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan menyembunyikan penjenayah adalah pegawai kementerian pengangkutan dan wilayah serta pekerja syarikat pelancongan.

Jumlah yang terlibat dalam kes ini adalah kira-kira AS$350,000 (RM1.6 juta) dengan perbicaraan dijangka berlangsung selama seminggu.

Pada kemuncak pandemik awal 2020 – ketika Vietnam menutup sempadannya kepada hampir semua orang kecuali warganegara yang pulang – tertuduh didakwa memberi atau menerima rasuah untuk membantu orang mendapatkan tempat dalam penerbangan pulang.

Pada masa itu, mereka yang pulang menghadapi prosedur kemasukan yang rumit, penerbangan mahal dan kos kuarantin.

Tahun lalu, seorang ibu dari Hanoi memberitahu AFP bagaimana dia membelanjakan lebih AS$10,000 (RM45,000) untuk membawa pulang anak remaja perempuannya kembali ke Vietnam dari sebuah sekolah berasrama penuh di Eropah pada puncak pandemik.

Tuduhan rasuah itu muncul sebagai sebahagian daripada kempen anti-rasuah yang telah mendedahkan beberapa perjanjian dibuat semasa tindak balas pandemik COVID-19 Vietnam.

Tahun lalu, Majlis Nasional Vietnam yang berfungsi sebagai badan perundangan melucutkan jawatan bekas menteri luar, Pham Binh Minh dan Vu Duc Dam, yang mengawasi tindak balas pandemik COVID-19, daripada jawatan mereka sebagai timbalan perdana menteri.

Tindakan keras itu juga menyebabkan Presiden Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan selepas beliau ‘mengambil tanggungjawab politik’ atas kelemahan pelbagai pegawai. – AFP

Continue Reading

Previous: Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin, kokpit
Next: Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.