
SIBU: Seorang pegawai polis berusia 45 tahun ditemukan meninggal dunia di bilik tidur utama tingkat dua kediamannya di Jalan Kampung Nangka, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon berkata, mayat mangsa dijumpai isterinya sekitar 6.50 petang semalam yang kemudiannya terus menghubungi polis.
“Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran dan tiada tanda pergelutan,” ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.
Azari memberitahu, mangsa dipercayai telah mengalami masalah kemurungan sejak Januari lalu dan masih mendapatkan rawatan di klinik swasta serta kali terakhir mangsa telah berjumpa pakar psychiatric pada 20 Mei lalu.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Mayat si mati telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Oleh Akun Giman