Pedun Likew Igan Kubu 2022 Kukuhkan silaturahim warga Igan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BUAT KENANGAN…Pengerusi Jawatankuasa Majlis ‘Pedun Likew Igan Kubu 2022’ Mohamad Ali bersama ahli-ahli Jawatankuasa majlis bergambar bersama-sama Ahmad Johnie Zawawi.

MAJLIS ‘Pedun Likew Igan Kubu 2022’ bersama Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi telah diadakan di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini mendapat sambutan begitu meriah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Majlis ‘Pedun Likew Igan Kubu 2022’ Mohamad Ali Kupon, majlis yang penuh dengan warna-warni tersebut bertujuan mengumpul seberapa ramai warga Igan yang menetap di Sibu.

“Majlis ini selari dengan hasrat mengeratkan silaturahim dalam kalangan semua warga Igan yang bermastautin di Sibu.

“Adalah menjadi harapan kami menerusi majlis yang julung kali diadakan ini akan dapat mengukuhkan lagi ukhwah dalam kalangan semua warga Igan di Sibu dalam apa jua aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang

“Di samping itu, menerusi majlis sebegini ia dapat mewujudkan kemesraan dan keprihatinan dalam kalangan semua warga Igan,” tambahnya.

Ali berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis ‘Pedun Likew Igan Kubu 2022’.

“Menerusi majlis sebegini ia juga membuka ruang serta peluang kepada semua warga Igan yang hadir untuk berkongsi idea, pendapat dan pengalaman untuk kemajuan bersama,” ujarnya.

Beliau menambah, majlis tersebut bertambah serinya dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi sendiri yang begitu mesra dengan hadirin yang hadir.

Sementara itu, beliau mencadangkan agar Majlis ‘Pedun Likew Igan Kubu 2022’ diadakan sebagai acara tahunan.

“Majlis sebegini amat bermakna kerana ia berjaya menghimpunkan seramai mungkin warga Igan baik yang muda atau tua terutama yang menetap di Sibu.

“Ia adalah suatu perhimpunan keluarga warga Igan secara besar-besaran yang akan menguatkan lagi tali persaudaraan silaturahim dalam kalangan mereka di Sibu ini,” katanya.

Ahmad Johnie menambah, dengan wujudnya semangat bersatupadu yang mantap dikalangan mereka akan dapat membawa masyarakat warga Igan ke arah kemajuan dan kemakmuran dari segala aspek kehidupan.

Sebelum menutup tirai majlis, acara cabutan nombor bertuah yang menyajikan pelbagai hadiah istimewa adalah acara yang dinanti-nantikan oleh sekalian yang hadir.

Oleh RAIHAN OMERA KAUSAR

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan

Marvel kembali gegarkan Comic-Con

SAN DIEGO: Peminat komik dari seluruh dunia kembali berhimpun di San Diego, California, hari ini bagi menghadiri edisi terbaharu persidangan