KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri terus mendampingi rakyat pada program tinjauan mesra ‘walkabout’ di Kampung Bintawa hari ini.
Pada program itu, beliau mendekati penduduk setempat di samping melawat kawasan sekitar bagi melakukan pecutan terakhir sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.
Program itu menurut UKAS mendapat reaksi positif daripada
rakyat di situ di mana rata-rata masyarakat yang ditemui memuji beliau yang banyak membawa pembangunan dan sumbangan terhadap kawasan Parlimen Batang Sadong sebelum ini.
Dato Sri Nancy juga meluangkan masa beramah mesra dengan pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Turut hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.