Bomba beri jaminan proses pengundian esok tidak terganggu 

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Proses mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di seluruh negeri ini esok tidak akan terganggu kerana semua pengurus pusat mengundi bersedia dengan segala kemungkinan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman@Hussaini berkata malah pelbagai agensi lain turut memberi kerjasama dalam persediaan itu.

Beliau diminta mengulas itu tiga pusat mengundi di kawasan Parlimen Limbang dinaiki air kerana banjir dan mungkin dipindahkan ke lokasi lain untuk proses pengundian esok.

Beliau yakin tiga pusat pengundian di Limbang itu dapat digunakan esok memandangkan paras air telah menurun.

“Saya yakin semua pihak mampu mengatasi kemungkinan banjir yang berlaku berdasarkan simulasi yang telah dijalankan terutama di utara dan tengah Sarawak,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tiga pusat mengundi yang terjejas akibat banjir di Limbang ialah Dewan Ranggu, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Awang dan Dewan Pengkalan Madang.

SHAHRUL QAIZAT 

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus