Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pearly- Thinaah matang, beregu wanita lain tunjuk taring – Rosman
  • SUKAN

Pearly- Thinaah matang, beregu wanita lain tunjuk taring – Rosman

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR:  Gandingan utama beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah semakin matang apabila berjaya memberi tentangan hebat kepada pasangan handalan China, iaitu lawan yang sebelum ini sering menjadi penghalang utama mereka.

Jurulatih beregu wanita negara Rosman Razak berkata gandingan ranking ketiga dunia itu kini lebih bersedia dari segi mental dan tidak mudah menyerah apabila berdepan detik sukar dalam perlawanan.

“Kalau dulu bila masuk gelanggang dan tak jadi, terus ‘lost’. Sekarang tidak. Mereka cuba lawan. Itu yang saya nampak paling ketara dari segi kematangan dan sikap untuk terus mencuba,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, semalam.

Rosman berkata tempoh rehat tanpa kejohanan selama enam minggu sebelum menghadapi Terbuka Jepun dan Terbuka China 2025 bulan ini fasa terbaik untuk membina semula aspek fizikal serta memberi ruang pemulihan kecederaan, khususnya buat Pearly-Thinaah.

“Ini masa paling sesuai untuk memperbaik semua benda. Pemulihan, fizikal, mencegah kecederaan, semuanya kita buat sekarang.

“Tapi dalam masa sama, kita tak tahu sama ada momentum mereka boleh kekal atau perlukan masa untuk dapat semula rentak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rosman mengesahkan dua beregu wanita negara melayakkan diri ke Kejohanan Dunia 2025 pada Ogos ini di Paris, iaitu Pearly-Thinaah dan Teoh Mei Xing-Go Pei Kee.

Ketika ditanya mengenai pasangan yang berpotensi mengisi slot beregu kedua negara, Rosman menegaskan semua pemain masih mempunyai peluang yang sama dan perlu bersaing secara adil untuk merebut tempat.

“Saya tak nak cakap pasal individu. Tapi pada masa ini saya nampak permainan Ong Xin Yee-Carmen Ting lebih baik berbanding junior yang lain. Tapi pemain lain tetap berpeluang untuk merebut tempat,” katanya. 

Rosman berkata gandingan remaja Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi dilihat antara pelapis yang menunjukkan prestasi positif, namun mereka masih memerlukan masa dan pendedahan secukupnya. 

“Sofea baru berusia 18 tahun, Zi Yu pula 15 tahun. Saya fikir pemain muda ini mempunyai potensi. Tapi perlu bagi masa dan pendedahan. Jangan bandingkan dengan Pearly dan Thinaah,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Wei Chong- Kai Wun  fokus tingkatkan prestasi, bukan kejar gelaran semata-mata
Next: Real Madrid atasi Juventus, mara ke suku akhir Piala Dunia Kelab

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.