Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PDRM tidak pandang ringan
  • NASIONAL

PDRM tidak pandang ringan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Integriti PDRM 2020 kepada Sub Inspektor Muhamad Ramli Saleh (kanan) pada Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (kiri). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador (dua, kiri) menyampaikan Anugerah Integriti PDRM 2020 kepada Sub Inspektor Muhamad Ramli Saleh (kanan) pada Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani (kiri). • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak sesekali memandang ringan berhubung maklumat diterima berkaitan kemasukan beramai-ramai rakyat negara jiran yang ingin membuat kekacauan ketika proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi apa jua kemungkinan.

“Polis sentiasa bersiap sedia bagi situasi PRN di Sabah ini dengan bantuan yang mencukupi termasuk  dari Bukit Aman sendiri yang mampu menangani apa jua insiden yang dijangka berlaku termasuk maklumat kemasukan rakyat negara jiran.

“Ia turut ditambah dengan bantuan daripada pasukan keselamatan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Rela  dan tidak lupa juga Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang sentiasa bersedia memastikan keselamatan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya Sabah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman, di sini semalam.

Ahad lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat dari negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari pengundian PRN Sabah, Sabtu ini.

Sementara itu, Acryl Sani berkata jumlah pegawai dan anggota polis yang dihantar ke Sabah mencukupi setakat ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Proses pengundian awal PRN Sabah berjalan lancar
Next: Anwar dakwa ada ‘sokongan kukuh dan meyakinkan’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.