Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PDRM longgarkan syarat lantikan bagi bukan Bumiputera
  • SEMASA

PDRM longgarkan syarat lantikan bagi bukan Bumiputera

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kelonggaran terhadap beberapa syarat lantikan dalam proses pengambilan bukan Bumiputera termasuk kriteria fizikal dan akademik, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata langkah itu bertujuan membuka lebih banyak ruang penyertaan kepada bukan Bumiputera sekali gus memastikan komposisi anggota PDRM merangkumi pelbagai masyarakat di Malaysia.

“Kementerian Dalam Negeri dan PDRM tidak menetapkan sebarang kuota khusus bagi Bumiputera atau bukan Bumiputera… malah pengambilan dibuat berdasarkan merit dan kelayakan akademik, tahap kesihatan, kecergasan fizikal serta lulus proses tapisan keselamatan. 

“Langkah ini bertujuan memberi maklumat dan membuka lebih banyak ruang penyertaan tanpa menjejaskan tahap profesionalisme dan integriti pasukan… kerajaan khususnya PDRM sentiasa menggalakkan lebih ramai bukan Bumiputera menyertai pasukan keselamatan agar komposisi keanggotaan mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia,” katanya.

Shamsul Anuar menjawab soalan V. Ganabatirau (PH-Klang) mengenai jumlah individu baharu diserap ke dalam badan penguat kuasa negara dan peratusan bukan Bumiputera dalam PDRM pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. 

Beliau berkata setakat 31 Ogos lepas, jumlah keseluruhan pengisian jawatan dalam PDRM ialah 136,503 orang termasuk 7,581 anggota beruniform dan pegawai awam dalam kalangan bukan Bumiputera iaitu bersamaan 5.55 peratus daripada keseluruhan pasukan.

Shamsul Anuar juga berkata proses pengambilan dan kenaikan pangkat dalam PDRM bebas daripada sebarang unsur diskriminasi kaum dan agama, dengan mekanisme telus yang merangkumi pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan, ujian psikometrik serta tapisan keselamatan selain rekod disiplin yang ketat.

Beliau turut memaklumkan data terkini pengambilan bukan Bumiputera di beberapa agensi beruniform lain sejak 2023, antaranya Jabatan Imigresen Malaysia (553 daripada 10,914 jawatan), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (103 daripada 4,913 jawatan) dan Jabatan Penjara Malaysia (440 daripada 16,153 jawatan).

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak lengkapi aspirasi ARPA melalui transformasi pentadbiran digital
Next: Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.