Ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri termasuk Sarawak

Facebook
WhatsApp
Foto Facebook MetMalaysia.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 1.00 pagi ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang manakala di Johor melibatkan Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

“Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang (Lawas),” menurut kenyataan itu.

Di Sabah pula kawasan terlibat ialah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

— BERNAMA

IPU Serian meningkat, Lundu catat 285

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di Sarawak terus meningkat setakat 4.00 petang hari ini berbanding 12.00 tengah