Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PDRM kekang pasukan terlibat aktiviti tidak sihat
  • NASIONAL

PDRM kekang pasukan terlibat aktiviti tidak sihat

Utusan Sarawak 5 years ago

MELAKA, 7 Ogos -- Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor (kiri) melakukan pemeriksaan barisan pada majlis lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini. Beliau turut menyampaikan amanat kepada anggota dan pegawai polis IPK Melaka pada majlis tertutup yang berlangsung hampir dua jam. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor melakukan pemeriksaan barisan pada majlis lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini semalam. • Foto BERNAMA

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus melakukan saringan terhadap individu yang ingin berkhidmat dalam pasukan itu bagi memastikan mereka tidak mempunyai sejarah atau pernah terlibat dalam perniagaan dadah atau aktiviti tidak sihat.

Timbalan Ketua Polis Negara  Datuk Mazlan Mansor berkata, langkah itu bagi memastikan PDRM tidak menjadi medium mudah untuk individu berkenaan menjalankan aktiviti terbabit yang  sekali gus boleh mencemarkan imej dan integriti pasukan.

“Kita tidak tahu mereka ini mungkin ada sejarah yang tidak sihat dan apabila masuk (menyertai) polis, apa yang membimbangkan adalah mereka menjadikan pasukan sebagai satu platform bagi menjalankan aktiviti terbabit.

“Rata-rata kami  tengok memang ada kewujudan ini, kawalan dalaman sedang kami  buat dan kawalan kerosakan juga kami  lakukan dari semasa ke semasa supaya mereka tidak lagi terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat ini,” katanya kepada pemberita  selepas membuat lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini semalam.

Terdahulu beliau menyampaikan amanat dalam majlis tertutup kepada anggota dan pegawai polis IPK Melaka yang turut dihadiri Ketua Polis Melaka  Datuk Mat Kasim Karim.

Mengulas lanjut Mazlan berkata, selain itu anggota dan pegawai polis perlu berpegang kepada prinsip integriti dan menjauhi amalan rasuah kerana ia merupakan penyakit yang tidak sihat dan perlu dihapuskan dalam kalangan  pasukan.

“Kita sebagai pegawai penguat kuasa undang-undang dan kita perlu mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Jika kita sendiri yang melanggar undang-undang, apa akan jadi kepada masyarakat kita,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata anggota dan pegawai dalam PDRM perlu sentiasa memastikan laporan polis yang dibuat oleh orang ramai tidak tergantung, sebaliknya mereka perlu memaklumkan perkembangan terkini siasatan kes berkenaan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa pemilik premis perniagaan khususnya makanan di Melaka melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutama rekod pengesanan pelanggan yang diletakkan di pintu masuk bagi mengelak berlakunya kluster baharu seperti ‘Sivagangga’ di Kedah.

“Ini kerana Melaka merupakan antara negeri pelancongan dan dalam musim PKPP  ini pasti  ramai warga tempatan yang beriadah dan melancong ke negeri ini terutamanya ketika  hujung minggu atau musim cuti,” katanya.

Katanya, Polis Melaka juga akan memperketatkan kawalan dan penguatkuasaan terutama dari aspek SOP yang ditetapkan agar tidak berlaku pelanggaran yang boleh menyebabkan penularan Covid-19 di negeri itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas jurutera terima suapan mengaku tidak bersalah
Next: Buku bantu masyarakat fahami kawalan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.