Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PDRM Juara Petanque Triple Mix MAKSAK
  • SUKAN

PDRM Juara Petanque Triple Mix MAKSAK

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Antara peserta yang turut berkesempatan merakam gambar sebagai kenangan.

BINTULU: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) muncul juara Pertandingan Petanque Triple Mix MAKSAK (Tertutup dan Jemputan) anjuran bersama Jawatankuasa Reaksi dan Sosial (JARES) Bahagian Bintulu sempena Hari Malaysia 2020.

Sebanyak 16 pasukan telah berentap merebut gelaran juara tersebut dengan 10 pasukan daripada agensi kerajaan dan enam pasukan dari Kelab Petanque di daerah ini.

Naib juara pertandingan dimiliki pasukan Lembaga Perlabuhan Bintulu Plus sementara tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan PSKPP 2.

Dalam pada itu, tempat pertama menerima hadiah wang ringgit sebanyak RM300, Tempat kedua menerima RM200 dan tempat ketiga menerima RM100.

Sehubungan itu penganjuran pertandingan tersebut adalah bagi memupuk semangat kesukanan antara jabatan dan agensi Kerajaan serta kelab-kelab Petanque Bintulu.

Malah menerusi pertandingan tersebut juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pegawai-pegawai atau peserta yang menyertai pertandingan setelah sekian beberapa bulan pertandingan tempatan tidak dibenarkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Selain itu pertandingan tersebut juga bertujuan menggalakkan pegawai-pegawai kerajaan serta peserta untuk mengamalkan hidup yang sihat melalui penglibatan sukan sempena sambutan Hari Malaysia 2020

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Lopez ungguli peringkat ke-17
Next: Program Podium diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.