Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBSMM berperanan mendidik orang awam penggunaan AED
  • Tengah
  • WILAYAH

PBSMM berperanan mendidik orang awam penggunaan AED

Utusan Sarawak 1 month ago
IKHLAS…Joseph Chieng (enam kiri) menyampaikan sumbangannya kepada Penghulu Chua Hiong Kee ketika melancarkan Jualan Bendera PBSMM Cabang Sibu 2025 di Sibu, hari ini.

SIBU: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) berperanan penting dalam mendidik orang awam mengenai penggunaan Automated External Defbrillator (AED), selaras dengan cadangan kerajaan negeri untuk mewajibkan peranti itu di tempat awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng berkata, Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dijangka membentangkan usul berkaitan kewajipan penyediaan AED dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

SOKONG PBSMM…Joseph Chieng (dua kanan) membantu pihak PBSMM menjual bendera di Sibu, hari ini.

“Dengan adanya undang-undang baharu yang mewajibkan AED di kawasan awam, PBSMM boleh memainkan peranan penting dalam memberikan latihan kepada orang ramai.

“Jika peralatan ini tersedia tetapi tiada siapa tahu cara menggunakannya, ia tidak akan memberi manfaat dalam situasi kecemasan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Bendera PBSMM Cabang Sibu 2025 di Pasar Sentral Sibu, hari ini.

Beliau berkata, antara lokasi yang dikenal pasti untuk pemasangan AED termasuk Pasar Sentral Sibu dan orang awam khususnya penjaja perlu diberikan latihan asas penggunaannya bagi membolehkan bantuan awal diberikan sebelum pasukan perubatan tiba.

“Latihan ini penting kerana ia boleh menyelamatkan nyawa. Sekurang-kurangnya, orang ramai tahu bagaimana untuk memberikan bantuan awal menggunakan AED,” katanya lagi.

Menurut Chieng, cadangan mewajibkan AED di lokasi awam telah diusulkan oleh Dr Sim tahun lalu, namun masih memerlukan kelulusan rasmi melalui persidangan DUN sebelum dapat dikuatkuasakan.

Sementara itu, Pengerusi PBSMM Cabang Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee berkata, pihaknya bersedia melatih orang awam dalam penggunaan AED serta pertolongan cemas secara percuma.

“Latihan percuma ini terbuka kepada semua kecuali mereka yang memerlukan sijil pertolongan cemas untuk tujuan profesional.

“Untuk mereka, kursus lebih mendalam selama dua hari diperlukan dan bayaran dikenakan bagi menampung kos latihan.

“Tetapi bagi orang awam, mereka hanya perlu mendaftar dan kami akan memberikan latihan asas secara percuma,” katanya.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gelombang kedua pembangunan di Bintulu
Next: Tatau kini berada di bawah pengurusan BDA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.