Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBB anjur program Gawai bersama Timbalan Premier Sarawak di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

PBB anjur program Gawai bersama Timbalan Premier Sarawak di Bintulu

Utusan Sarawak 2 days ago
SATU mesyuarat penyelarasan Program Pengerami Ngabang Gawai Bersama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas diadakan di Hotel Lihua, Bintulu baru-baru ini.

BINTULU: Program Pengerami Ngabang Gawai bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, akan diadakan pada 11 Mei ini bertempat di Restoran Dinner World, Bintulu.

Menurut Exco Majlis Kerja Tertinggi Pemuda PBB Sarawak, Murphy Nyegang, seramai 1,400 tetamu dijangka hadir dengan kesemua 140 meja telah habis dijual, menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap program tersebut.

Pelbagai pengisian menarik turut dijadualkan, termasuk persembahan kebudayaan dan tradisional, serta persembahan khas oleh artis popular Iban, Ramles Walter.

“Insentif kecemerlangan akan disampaikan kepada pelajar yang berjaya dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, selain insentif melanjutkan pengajian untuk anak-anak ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N60 Kakus,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara aktiviti lain yang turut memeriahkan program ialah pertandingan Air Tuak, Pekit Main Asal Iban, serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk peti sejuk, mesin basuh dan banyak lagi.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sibu Buddhist Lodge anjur kempen derma darah Sabtu Ini
Next: Anjung Usahawan Apau Koyan pacu ekonomi belia Sungai Asap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.