Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Patung kucing ikonik di Jalan Padungan ‘berwajah baharu’
  • TEMPATAN

Patung kucing ikonik di Jalan Padungan ‘berwajah baharu’

Utusan Sarawak 1 month ago
SALAH satu patung kucing di Jalan Padungan yang dicat semula oleh Gerald Goh, hari ini.

KUCHING: Patung-patung kucing ikonik yang terletak Jalan Padungan kini kelihatan ‘segar’ selepas ia dicat baharu, hari ini.

Empat patung tersebut dicat semula dengan empat warna berbeza yang telah dipilih oleh orang ramai, iaitu Metallic Ocean, Marigold, Metallic Teal, dan Silver.

Menurut Presiden Persatuan Kraftangan dan Cenderamata Sarawak (Sarawak Handicraft), Gerald Goh, kerja-kerja mengecat tersebut dimulakan pada 10.30 pagi, dengan usaha menyiapkan projek tersebut pada hari sama.

GERALD Goh semasa mengecat patung kucing ikonik di Jalan Padungan, hari ini. Turut kelihatan Dato Wee Hong Seng.

Projek tersebut memfokuskan kepada mata dan butiran wajah bagi meningkatkan penampilan patung-patung kucing tersebut.

Mengenai projek ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Wee Hong Seng menekankan kepentingan ‘menghidupkan’ semula patung-patung ini.

“Patung-patung ini sudah lebih enam tahun tidak dicat semula. Sebelum ini, kerja-kerja mengecat dilakukan oleh kakitangan kami, tetapi disebabkan mereka bukan pelukis, patung-patung tersebut kurang menyerlah dan tidak mempunyai jiwa,” katanya.

Menjelang tengah hari, dua daripada empat patung tersebut telah siap dicat semula dan dilihat lebih menyerlah.

PATUNG kucing ikonik di Jalan Padungan kini kelihatan lebih menarik selepas ia dicat semula oleh Gerald Goh, hari ini.

“Sekarang, dengan sentuhan seni, anda boleh melihat perbezaannya, ia kelihatan seperti kucing yang sebenar,” tambah Wee.

Inisiatif mengecat semula patung kucing tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan memperindah serta memelihara salah satu mercu tanda ikonik Kuching.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Teknologi moden kurangkan risiko penyakit libatkan ternakan
Next: Semarakkan semangat generasi pengakap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.