Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Patriotisme perlu diperkukuh demi pertahan kedaulatan negara
  • Utara
  • WILAYAH

Patriotisme perlu diperkukuh demi pertahan kedaulatan negara

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin (empat dari kanan) semasa merasmikan Program Pelan Strategik Pertahanan Negara di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram II, hari ini. 

MIRI: Semangat patriotisme dan kesedaran mempertahankan kedaulatan negara perlu terus diperkasakan dalam kalangan rakyat kerana keselamatan negara bukan hanya tanggungjawab pasukan keselamatan, sebaliknya memerlukan penglibatan seluruh masyarakat. 

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, keamanan dan kestabilan yang dinikmati negara hari ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia hasil pengorbanan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai agensi keselamatan yang sentiasa bersedia mempertahankan negara.

Menurutnya, cabaran keselamatan negara kini semakin kompleks, merangkumi ancaman siber, penyebaran maklumat palsu, jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pemerdagangan manusia, ancaman maritim dan bencana alam. 

MELAWAT…Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin  melawat pameran Program Pelan Strategik Pertahanan Negara di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram II, hari ini. 

“Sehubungan itu, Pendekatan Keseluruhan Kerajaan dan Keseluruhan Masyarakat (WoGoS) perlu terus diperkasakan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat memainkan peranan dalam mempertahankan keselamatan negara. 

“Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab masing-masing sama ada melalui semangat patriotisme, perpaduan masyarakat, pematuhan kepada undang-undang, penyampaian maklumat yang tepat atau kesediaan membantu ketika negara berhadapan dengan cabaran,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Pelan Strategik Pertahanan Negara di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram II, hari ini. 

Lee berkata, program berkenaan turut menjadi platform terbaik memperkukuhkan hubungan antara Tentera Darat Malaysia dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pendidikan keselamatan, bantuan kemanusiaan dan khidmat sosial. 

Beliau turut menegaskan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) perlu dihayati sebagai budaya dalam kalangan rakyat kerana kekuatan sesebuah negara bukan hanya bergantung kepada aset ketenteraan, malah diperkukuhkan menerusi perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketahanan ekonomi dan semangat cintakan negara. 

Dalam pada itu, beliau berharap program seumpama itu mampu menarik minat generasi muda untuk lebih mengenali peranan ATM serta menerapkan nilai disiplin, kepimpinan, keberanian, semangat berpasukan dan tanggungjawab sebagai asas melahirkan generasi berkualiti. 

Katanya, pendekatan inklusif yang melibatkan masyarakat luar bandar, pedalaman dan kawasan sempadan juga penting bagi memastikan seluruh rakyat memahami peranan masing-masing dalam mempertahankan keamanan serta kedaulatan negara. 

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 99 organisasi terima geran khas MRP berjumlah keseluruhan RM382,400
Next: Hari Keusahawanan SK St Anthony pupuk bakat usahawan muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.