Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan tercorot kejutkan Man City
  • SUKAN

Pasukan tercorot kejutkan Man City

Utusan Sarawak 6 hours ago

Pemain Southampton, Lesley Ugochukwu (kiri) cuba mencabar Kevin De Bruyne.

LONDON: Manchester City dikejutkan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan tercorot, Southampton, sekali gus melambatkan usaha mereka untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad kendalian Pep Guardiola dijangka mudah membawa pulang tiga mata dari selatan England dan menyamai kutipan mata Arsenal di tempat kedua dengan 67 mata.

Namun, walaupun menguasai sebahagian besar permainan, City gagal menyumbat gol biarpun penyerang utama mereka, Erling Haaland kembali beraksi selepas mengalami kecederaan.

Keputusan seri itu memberi sedikit kelegaan buat Southampton, yang kini mengumpul 12 mata — satu mata melepasi rekod buruk Derby County (11 mata) pada musim 2007/08, sekali gus mengelak daripada dilabel sebagai pasukan paling teruk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

City yang berada di kedudukan ketiga masih mempunyai kelebihan untuk menamatkan saingan dalam kelompok lima teratas yang akan menjamin slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Dengan dua perlawanan berbaki, mereka kini empat mata di hadapan pasukan tangga keenam, Nottingham Forest, namun Forest dan pesaing lain masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan. – AFP

Continue Reading

Previous: Bos Spurs harap Son kembali beraksi
Next: Hakim Danish naik podium di Litar Le Mans

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.