Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Takraw Sri Aman dibentuk hadapi Kejohanan Piala Sarawak
  • SUKAN

Pasukan Takraw Sri Aman dibentuk hadapi Kejohanan Piala Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
AWANGKU Hafizi Awang Azahari semasa melakukan perjumpaan bersama pemain yang hadir pada sesi pemilihan di Mini Stadium Sri Aman, petang tadi. -Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Pasukan Takraw Sri Aman telah dibentuk bagi menghadapi Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak yang dijadualkan berlangsung di Kota Samarahan pada 18 hingga 22 Jun ini.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman (PESTASA), Awangku Hafizi Awang Azahari berkata seramai 50 pemain dari sekitar Bahagian Sri Aman telah menyertai sesi pemilihan yang dijalankan selama dua hari di Mini Stadium Sri Aman.

Katanya, daripada jumlah 50 pemain yang hadir menyertai sesi pemilihan itu, seramai 20 pemain yang berbakat dan berpotensi bakal diserap untuk menyarung jersi pasukan Piala Sarawak Sri Aman.

“Kualiti hampir sama pemain yang diuji `memeningkan kepala’ panel pemilih membuat pilihan pada pemilihan yang telah berlangsung selama dua hari ini, di mana 50 pemain yang hadir, hanya 20 pemain yang akan dimuktamadkan untuk diserap masuk ke pasukan ini.

“Senarai nama 20 pemain itu akan kita umumkan selepas Gawai Dayak nanti dan barisan kejurulatihan akan menghubungi pemain-pemian yang berjaya dipilih dan seterusnya latihan akan bermula selepas itu,” katanya semasa melakukan perjumpaan bersama pemain yang hadir pada sesi pemilihan di Mini Stadium Sri Aman, petang tadi.

Awangku Hafizi menjelaskan kehadiran hampir 50 pemain yang hadir itu menunjukkan terdapat ramai pemain muda yang berpotensi tinggi untuk diketengahkan.

“Sambutan daripada pemain yang hadir pada sesi pemilihan itu sungguh luar biasa, di sini kita dapat lihat betapa ramainya pemain muda dari Bahagian Sri Aman yang berpotensi dan berbakat telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang pemilihan itu berlangsung,” ujarnya.

Jelas beliau, aspek disiplin dan komitmen pemain amat ditekankan dalam usaha untuk memantapkan barisan pemain muda ini mencipta keputusan positif dalam saingan berprestij di Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak nanti.

“Untuk makluman juga, pembentukan pasukan Sri Aman ke Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak ini tidak akan bersandarkan kepada pemain import serta pengambilan pemain melalui ‘pintu belakang’, kita akan menyandarkan kepada bakat-bakat muda dari sekitar Bahagian Sri Aman untuk beraksi dan mendedahkan pengalaman mereka dalam kejohanan paling berprestij itu nanti.

“Pemilihan pemain untuk menyarung jersi Sri Aman akan dipilih dalam kalangan 50 pemain yang hadir pada sesi latihan yang berlangsung selama dua hari ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Awangku Hafizi pasukan Sri Aman akan menghantar sebanyak tiga kategori pada kejohanan itu nanti iaitu kategori terbuka, berpasukan dan belia bawah 20 tahun yang akan dikendalikan oleh ketua jurulatih, Abdul Karim Mohd Bakri serta dibantu oleh jurulatih lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Senator Ahmad Ibrahim raikan kejayaan Kelab Muay Thai Kenyalang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.