Senator Ahmad Ibrahim raikan kejayaan Kelab Muay Thai Kenyalang

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
SENATOR Dato Ahmad Ibrahim merakamkan gambar kenangan bersama para atlet, jurulatih dan ahli pengurusan Kelab Muay Thai Kenyalang selepas majlis makan tengah hari di Batu Kawa, Kuching hari ini. Foto Senator Dato Ahmad Ibrahim

KUCHING: Kelab Muay Thai Kenyalang terus mengukuhkan reputasinya dalam arena seni mempertahankan diri tempatan apabila dinobatkan juara keseluruhan Piala TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2025.

Penaung kelab itu, Senator Dato Ahmad Ibrahim berkata ia membuktikan kemampuan atlet muda Sarawak dalam menembusi kejohanan berprestij sekali gus membawa nama negeri ke peringkat lebih tinggi.

“Saya amat bangga dengan semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh atlet Muay Thai Kenyalang. Ini bukan hanya kejayaan sukan, tetapi bukti pembangunan belia yang positif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan tengah hari sebagai tanda penghargaan kepada kejayaan Kelab Muay Thai Kenyalang, di Batu Kawa, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga akan memberi komitmen berterusan dalam menyokong kelab ini.

“Saya berharap atlet Kelab Muay Thai Kenyalang akan bertanding di Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan SEA agar atlet tempatan dapat menyerlah di pentas antarabangsa,” ujarnya.

Untuk rekod, dalam kejohanan Piala TYT 2025, pasukan tersebut berjaya membawa pulang 23 pingat emas, tujuh pingat perak, empat Anugerah Peninju Terbaik, satu Anugerah Khas dan Naib Johan Piala Borneo.

Beliau turut menggesa sektor kerajaan, swasta serta komuniti untuk bersama-sama membangunkan sukan Muay Thai di Sarawak sebagai platform pembangunan sahsiah dan kesejahteraan belia.

Sepanyol musnahkan impian perpisahan Messi

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat: Ferran Torres muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan untuk membawa Sepanyol menewaskan juara

Sepanyol musnahkan impian perpisahan Messi

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat: Ferran Torres muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan untuk membawa Sepanyol menewaskan juara