Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Siuuu7 juara Street Soccer Belia Kampung Tengah
  • SUKAN

Pasukan Siuuu7 juara Street Soccer Belia Kampung Tengah

Utusan Sarawak 2 months ago
ABDUL Rahim yang mewakili ADUN Lingga bergambar bersama kesemua pemenang dalam pertandingan Street Soccer Belia Kampung Tengah 2025 di Gelanggang Futsal Kampung Tengah Simanggang, malam tadi. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Pasukan Siuuu7 muncul juara pertandingan Street Soccer Belia Kampung Tengah 2025 di Gelanggang Futsal Kampung Tengah Simanggang, malam tadi.

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan Siuuu7 terpaksa berhempas pulas menewaskan pasukan Teng FT dengan jaringan 1-0.

Kejuaraan tersebut membolehkan Siuuu7 membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM240, berserta hamper.

Pasukan Teng FT yang muncul naib juara pula membawa pulang hadiah wang tunai RM200 berserta hamper.

Dalam pada itu, perebutan ditempat ketiga menyaksikan pasukan pasukan YoMan ST menumpaskan pasukan Manamana FT dengan jaringan 2-0 menerusi penentuan sepakan penalti.

Sekali gus, pasukan YoMan ST membawa pulang hadiah wang tunai RM180 berserta hamper, dan pasukan Manamana FT yang menduduki tempat keempat membawa pulang hadiah wang tunai RM120.

Sementara itu, lapan pasukan yang tidak berjaya memasuki ke pusingan separuh akhir membawa pulang saguhati berupa wang tunai RM40 dan hamper.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Abdul Rahim Jamil yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Turut hadir Ketua Kampung Tengah, Kiffle Morni dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Simanggang, Tay Cho Seng.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Belia Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Muhammad Jalaluddin Kiflee, berkata sebanyak 12 pasukan yang terdiri daripada belia kawasan Kampung Tengah Simanggang telah menyertai pertandingan itu yang berlangsung selama dua malam itu.

“Tahniah kepada semua pasukan yang telah memeriahkan suasana malam tujuh likur pada tahun ini, dan tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor kerana telah memberi suntikan dana bagi menjayakan aktiviti yang melibatkan belia di Kampung Tengah Simanggang  selama dua tahun berturut-turut ini ” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sarawak cadang anjur 18 acara sukan sempena Sukan SEA 2027
Next: Mbappe samai jumlah gol Ronaldo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.