
LAWAS: Pasukan daripada Sabah berjaya mendominasi pertandingan tarik tali terbuka sempena Pesta Lun Bawang yang berlangsung di Kompleks Sukan Lawas hari ini.
Pasukan Reborn berjaya menumbangkan jaguh AF Civil dengan kemenangan 2-0 untuk muncul johan.
Tempat ketiga pula menyaksikan saingan sengit antara dua pasukan negara Brunei iaitu Chainblock daripada Bandar Seri Begawan menewaskan MG5 daripada daerah Temburong Brunei untuk kedudukan tempat ketiga dan ke empat.
Johan kategori wanita pula diungguli jaguh daripada Daerah Limbang yang diwakili pasukan Cozy.
Hadiah wang tunai RM3,000 dan piala kemenangan telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Sarawak Steve Lius bersama penaja pertandingan Johnson Liaw.
Oleh Adeng Edrus