Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pasukan Piala Dunia Switzerland jadi sasaran komen kebencian di media sosial
  • SUKAN

Pasukan Piala Dunia Switzerland jadi sasaran komen kebencian di media sosial

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMAIN Switzerland bergambar untuk foto rasmi pasukan sebelum perlawanan Pusingan 32 Piala Dunia FIFA 2026 antara Switzerland dan Algeria. Foto AFP

VANCOUVER: Pemain Switzerland semakin menjadi sasaran komen berbaur kebencian di media sosial sepanjang kempen Piala Dunia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Malangnya, kini kami boleh menganggarkan bila risiko peningkatan komen yang amat keji seperti ini akan berlaku,” kata jurucakap pasukan itu kepada agensi berita Keystone-SDA.

“Dalam keadaan sedemikian, ruangan komen di saluran media sosial kami sering disekat lebih awal.”

Katanya, selepas keputusan seri 1-1 menentang Qatar dalam perlawanan pembukaan, begitu banyak mesej berunsur diskriminasi diterima sehingga fungsi ruangan komen di saluran media sosial persatuan itu terpaksa dinyahaktifkan.

“Ini juga kerana sebahagian daripada komen itu menyentuh warna kulit atau asal usul pemain,” tambahnya.

Beliau berkata sebaik sahaja sesuatu komen memenuhi unsur kesalahan jenayah, Persatuan Bola Sepak Switzerland akan menyerahkannya kepada pihak berkuasa penguat kuasa undang-undang.

Switzerland masih meneruskan saingan dan akan menentang Colombia pada pusingan 16 terbaik di Vancouver pada awal pagi Rabu.

Minggu lalu, FIFA memaklumkan komen berunsur perkauman sepanjang Piala Dunia semakin meningkat. Menurut badan induk bola sepak dunia itu, kira-kira 11 peratus daripada semua hantaran dalam talian yang diklasifikasikan sebagai bersifat menghina mengandungi unsur perkauman.

Jumlah itu meningkat tiga peratus berbanding tempoh yang sama pada Piala Dunia di Qatar pada 2022. Kira-kira 1,000 akaun media sosial telah dilaporkan kepada pihak polis.

Pemain Belanda Justin Kluivert, Quinten Timber dan Crysencio Summerville turut menjadi mangsa kecaman berunsur perkauman di media sosial selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam kekalahan pusingan 32 terakhir kepada Maghribi. Trio berkenaan telah menutup fungsi komen pada akaun media sosial masing-masing.

Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) mengecam perbuatan itu dan telah membuat laporan kepada pihak pendakwa raya di Belanda. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Dunia: Kedutaan AS di Mexico gesa rakyatnya berwaspada menjelang perlawanan Mexico-England
Next: Kepulangan penuh gemilang Cape Verde selepas tewas bermaruah di Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.