Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasukan Kampung Sinampuan muncul Raja Lumba Perahu Naga edisi kedua Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Pasukan Kampung Sinampuan muncul Raja Lumba Perahu Naga edisi kedua Lawas

Utusan Sarawak 5 hours ago
REGATA PERAHU NAGA…edisi kedua Regata Perahu Naga Lawas berlangsung meriah dengan penyertaan 39 pasukan iaitu daripada  Sabah, Brunei, Limbang dan Lawas.

LAWAS: Pasukan lumba perahu naga Kampung Sinampuan, milik Liaw Liang Eng, dinobatkan sebagai Raja Sungai apabila muncul juara pada perlumbaan akhir Regata Perahu Naga Lawas edisi kedua yang berlangsung petang semalam.

Pasukan itu turut membawa pulang Piala Awang Damit Ali Hasan bersama wang tunai RM5,000 serta pingat kemenangan.

Kayuhan bertenaga pasukan Kampung Sinampuan berjaya menewaskan saingan sengit daripada Sri Punang, Warisan Kuala Lawas, Cahaya Nur Awat-awat, pasukan Brunei serta Sipitang, Sabah.

SEKITAR kemeriahan edisi kedua Regata Perahu Naga Lawas yang berlangsung petang semalam.

Awang Damit selaku penaja hadiah utama Raja Sungai Regata Perahu Naga Lawas memaklumkan bahawa nilai hadiah kemenangan akan dinaikkan kepada RM10,000 pada edisi ketiga.

Beliau turut berkata acara maraton perahu naga sejauh satu kilometer akan diperkenalkan pada edisi akan datang, selain penambahan lorong perlumbaan daripada lima kepada enam atau lapan lorong bagi meningkatkan saingan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok, bersama Awang Damit Ali Hasan, Pengerusi Pengelola Liaw Kuan Liong, Pengerusi Persatuan Kebudayaan Cina Lawas Liaw Ho Peng serta kenamaan tempatan lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Ngiling Bidai perkukuh perpaduan, lambang kesyukuran komuniti
Next: Ngiling Bidai perkukuh perpaduan, warisan budaya masyarakat Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.